Cari Hotel Percutian Murah DiSeluruh Dunia Disini

Thursday, March 22, 2012

Ketahui, fahami & bertindaklah...

Asam garam dalam pekerjaan. Lumrah sudah macam2 masalah kitani kan hadapi dalam sehari-hari, samada tugas atu yang susah ATAU orang2 yang berkaitan tugas atu yang menyusahkan.

Salah satu tugas kerja ku termasuk menguruskan hal ehwal pekerja asing. Bukan pengambilan pekerja baru dari luar atu ey...kalau atu, cari saja employment agency yg disenaraikan. Aktiviti utama perusahaan Syarikat ku bekerja ani berkenaan dengan IT, jadinya tiada kena mengena urusan pengambilan pekerja baru asing. Hanya setakat membaharui LESEN pengambilan pekerja asing bagi syarikat saja. Sedikit sama macam pengambilan amah.

Jadinya ada satu insiden dengan agensi pekerjaan kami yang baru ani, agensi yang sebelum ani memang bermasalah. Dalam kedua meeting pertama kami, urusan semua macam ok saja. Nda pasti la samada drg sengaja act-all-excited pada luaran hanya untuk mendapatkan bayaran tugas ani ataupun nda.

Lepas satu ketika atu, ada la satu dua dokumen terlupa disertakan. Aku sebagai pekerja yang efisyen (haha kambang kan trabang saja ni imagine..), cuba hubungi agen ani & maklumkan apa yang terjadi. Dan.......terjadi lah macam kes agensi pekerjaan yang 'beulah'. Memandangkan tanggungjawapku jua memangku tugas pentadbiran pejabat, mau nda mau terpaksa jua ku layan kerenah agen ani. Mulanya, nda plg mau kan tau kenapa sebenarnya agen ani berkelakuan macam atu. Pasal aku pasti nada masalah TERtimbul pun sepanjang sebulan baru berurusan dengannya atu.

Mengenangkan kes agen sebelum ani, jadinya nda la ku mau pisang bebuah berkali-kali hehe. Karang sanak saja ku bekraja dengan orang jenis macam atu tu... Dengan perasaanku mau tau, sikit geram & mau elakkan perkara nda baik masa2 depan, confront saja dengan agen ani la.

Lupakan sekejap hubungan profesional antara kami, cara percakapan pun berubah sekejap jadi macam kawan lama tah plg hehe. Cerita punya cerita, tanya punya tanya....rupa-rupanya agen ani kes SALAH-MARAH-ORANG !!!!!!!

Kan ketawa sekuat rasa, nda jua sopan didepannya kan hehe jadinya aku mampu tersenyum saja la...

Pasal apanah jadi macam atu??? Hehe...

Kisahnya.......... Agen ani baru kehilangan handphone. Tukar handphone baru lah kan & nombor handphone masih maintain (wah punya syg dengan nombornya atu hehe). Secara otomatik nombor telefon clients pun hilang atau lupa. Kebetulan masa aku hubungi mengenai dokumen yang ketinggalan atu, sedang ia marahkan seorang client yang lain. Katanya suara ku dengan orang atu lebih kurang sama, nombor telefon pun barangkali jua sama.

Ish ish ish....ia tah tu nah malas kan periksa bisnes kad kami. Tau tau tembak saja. Aku yang mangsa emosi agen ani nada yang kesian kah hehe. Nasib perasaan-mau-tau-kenapa ku timbul hahaha. 

Nda apa la, walaupun sedikit marah dengan kelakuannya before atu...ku maafkan saja. Kesian banyak kali ia kata "Sorry miss" lepas ia tau silap dari dirinya. Oh by the way, agen kami ani cina hehe...sebab atu i said diAtas kes 'ulah' agensi pekerjaan (merujuk pada agen amah yg bermasalah atu ok hehe).

Selesai satu perkara.

Selamat menempuhi jam2 bekerja anda yang mencabar hehe =)



Pssst! Satu insiden bukan diTempat kerja hari ni...annoyed dengan orang yang minta maaf selamba saja. Minta maaflah seikhlasnya...bukannya siap ter"hahaha" lagi...huh!!! Ok babai.

No comments:

Post a Comment