Cari Hotel Percutian Murah DiSeluruh Dunia Disini

Friday, March 2, 2012

Tibi again???

Penyakit tibi menyerang keluarga Ku lagi! 

ish3...! Walaupun bulan Mac ani bulan Hari Tibi.......

Ada cerita pasal kesihatan adikBongsu ku diSini.

Selepas seminggu keluar dari wad Hospital RIPAS, adikBongsu ku diLawat oleh kakitangan hospital utk pengesahan kesihatan. Tau2 a new case plg timbul. My lilsis kana detect ada virus tibi dalam darahnya. Semua ahlikluarga hairan lah macam mana boleh jadi ni...adikku nda batuk pun...

Kemarin family ku had injection for the test procedure. Hari sabtu ani kePusat Kesihatan atu lagi utk memastikan samada ada yg terkena jua. Bukan apa ia satu prosidur saja, memandangkan setahun lepas my mama diJangkiti batuk tibi.

Pihak pusat kesihatan Tibi memaklumkan virus ani timbul dari tulang belakang adik ku. Bukan sakit tibi yg batuk2 atu. Well i didnt know jenis tibi ada mcm2. Mungkin kesedaran pasal penyakit ani nda terdedah luas utk pengetahuan awam, walaupun diMana2 udah ada poster2 dan iklan2 tv menyiarkan. Dan kemungkinan apa yg diBeritahu kemarin atu...kebarangkaliannya dari darah yg diTambah hari tu. Nda pasti la.

Sayang sekali nda byk info pasal 'Spine Tibi' yg aku dpt utk memahami sakit adikku ani. Apapun pihak pusat kesihatan tibi atu asyik menegaskan utk adik ku kan disiplin makan ubat yg diBagi memandangkan ia melibatkan tulang belakang...yg kamu pun pasti pikir memang membahayakan kan? Lagipun yg memata-matai condition adikku ani, org2 rumah kami saja sebab kes Spine Tibi ani nda perlu diKuarantin kata drg. Kami lah yg perlu berhati-hati jua dgn pergerakkannya. 



Ku kongsikan sedikit info diBawah ani pasal tibi. 

Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Mycobacterium Tuberculosis.

Kebanyakan orang yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit TiBi oleh kerana sistem pertahanan badan yang kuat untuk menghalang jangkitan. Akan tetapi kuman Tibi ini akan berada di dalam keadaan yang tidak aktif.

Jika sistem pertahanan badan seseorang itu terjejas atau menjadi lemah kuman Tibi yang ada di dalam badan seseorang itu, akan menjadi aktif dan membiak, menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.

Tibi mempunyai pelbagai jenis misalnya paling lazim, tibi paru-paru yang boleh berjangkit ke bahagian lain seperti otak (tibi meningitis) atau tibi kulit yang menyebabkan kudis sukar sembuh berbanding kudis biasa yang mudah sembuh jika disapu ubat.

Tibi kelenjar atau lymphadenitis dikesan menerusi kehadiran bengkak kelenjar dan demam biasa yang berlarutan hingga dua atau tiga bulan manakala tibi tulang mungkin disedari selepas pemeriksaan X-ray terhadap tulang belakang yang sakit menunjukkan tulang itu patah walaupun pesakit tidak pernah jatuh atau kemalangan.

Tibi tekak atau larynx menyebabkan pesakit bersuara serak, susah hendak bernafas dan sukar menelan makanan, manakala tibi telinga menyebabkan telinga bernanah.

Tibi saluran kencing menyebabkan pesakit berasa sakit ketika membuang air kencing, kencing berdarah, sering kencing dan sakit pinggang, manakala tibi perut atau tibi usus akibat kuman yang masuk ke sistem pencernaan menyebabkan cirit-birit dan muntah.

Sumber: MOH Bruneigadistulipsz91, bole baca pengalaman sakit org ani keno-smile.

Nanti lagi.

1 comment:

  1. Good evening,Assalamualaikum... Saya nak tanya sikit pasal spine tibi... spine tibi niee perlu ke admit ward n bhye ke? Thank you :)

    ReplyDelete