Cari Hotel Percutian Murah DiSeluruh Dunia Disini

Friday, March 30, 2012

31 Mac 2012 tutup ofis?

Apa ada 31hb Mac 2012 ani?
Banyak pengumuman tutup kadai la, tutup pejabat la, tutup kaunter la...
Yang pastinya, pejabat ku ndakan tutup hehe kerja seperti biasa la ok.

Berita basi? Hmm biarla apa orang kata.
Mau bagitau jua ni hehe...

Oke sempena penutupan Tahun Kewangan 2011/2012 hari esok 31hb Mac 2012,
kebanyakan kaunter pembayaran diBrunei ani diTutup.
(sebagai ingatan utk diri sendiri jua incase ada bil diterima kan diBayar esok)

Kaunter2 Bank = Tutup semua. (Kaunter bank diMall Gadong maybe as usual hehe)

Jabatan Elektrik = Kaunter pembayaran & pembelian kad prepaid diTutup.

Jabatan Air = Kaunter diBSB tutup. Cawangan2 lain setengah hari esok saja.

Kaunter TAP = Tutup.

Kaunter Pos Ofis = Tutup.

Lain2 nda pasti, info atas pun apa yang berkenaan dengan tugas2 ku hehe.
Dan yang pasti esok ada acara besar diBSB kan kan kan...tau? nda tau?
 
Esok 31hb Mac 2012, jam 8.30pm.


Edisi mengadu nda malu haha...:
Kerja auditing ku terpaksa diBuat semula sebelum dateline minggu depan. Nasib pegawai HQ S'pore mau kasi aku waktu lagi. Pasal apa? Hmm...gara2 staff yang nda bertanggugjawap atas kesalahan sendiri menggunakan PC orang lain. Pandai2 hack password, selamba gunakan lagi walaupun boss dah warned, PC aku considered Private&Confidential sebab2 data akaun. I know lah if someone has using it, try to deny lagi. Sekali ku basuh, tau pun atu salah & nda patut diBuat. Aish! Marah besar dalam ofis kemarin...drama seminit tu hahaha. Siapa nda marah...tungkuslumus-kerja-3minggu hilang macam atu, bukan 1folder...4folder!

Sabar2...ingat kebaikkan diHari Jumaat.
=)

Tuesday, March 27, 2012

Bunga sejambak?!

Good morning~

Pagi2 masuk pejabat sudah menjangkau kraja kan diBuat kah kamu? Hehe

Hehehe pagi2 aku mau mengakun ponteng kraja skajap haha. Auu...kan exercise tangan kanan dulu memigang tetikus membaca artikel yang menangkap mata ku ani hehe alasan~

Oh title entri ku itu...menimbulkan tandatanya diKalangan kamu kan kan kan.
aku terima sejambak bunga dari dearFiance ke???
atau adakah aku akan memigang sejambak bunga nda lama lagi??? hahaha yang ani, tunggu~



Bukan la! Kan sudah bagitau tadi, sedang membaca artikel-artikelan ni.
Macam2 jenis berita timbul akhir2 ani. Paling banyak berita yang meregangkan otot kening ku sepasang ani adalah berita2 selebriti! Padahal boleh saja ku nda payah baca kan...tapi biasa lah kan perempuan, mau tau jua berita2 sensasi atu.


Salah satu berita dalam suratkhabar Brunei Times hari ni. Hari kejadian adalah Hari Ahad, 25hb Mac 2012. Macam mana lah orang Brunei kitani yang kesana atu aa? Kadai-kadaian banyak buka kah masa atu? hehe


Tau berita pasal selebriti melamar siSelebriti live on air baru2 ani...
Ringkas saja pasal ani aa.
Macam2 komen diDengar, diBaca & reaksi orang pasal ani.
Suka atau nda?
Komen peribadi ku lebih kepada nda. 
Memang plg banyak kata romantik ey selebriti atu.
Yes dari sudut lain memang romantik habis lah siapa2 yang mampu buat macam atu.
Tapi, kan lebih berMAKNA kalau ayat lamaran atu diBuat melalui indung kitani kalau nda dapat pun bersaksikan penjaga kitani saja kan kan kan.
Mungkin jua ia sudah buat lamaran rasmi kepada yang parents siSelebriti atau mungkin jua ia buat live on air atu saja2 for fun...
 Apapun, sorang2 lain pendapat & preferences kan. So ignore me hehe.


Mau highlight berita perkahwinan selebriti Malaysia Danny XFactor. Bukan minat banar, hanya amazed dengan satu deko perkahwinannya atu saja. Nda hairan, masani kalau bab barang perkahwinan berlumba-lumba vendor kan mewujudkan satu kreativiti yang lain dari lain supaya lebih tertarik diMata pelanggan & seterusnya menarik pelanggan2.

Sedang baca berita ani tadi...barangkali ada yang kata, ketinggalan pesawat orang ani hehe nda apa la. Liat2 gambar sambil atu, then there it was "Wah!!!"
Tau apa aku nampak?? ededeh kamu ni, jangan refer title kajap boleh nda...hehe

Deko pelaminnya unik.
Brapa jambak bunga kamu dapat kira? hehe
Sejambak bunga saiz brapa XL pun ku nda pasti ni drg lakat atu...
Walaupun simple idea tapi bisai diPandang kan. i like!

Tau apa lagi ku liat banar2...hahaha detail jua banar aku ni.
Shhhh! Jangan tegur...malu ku sebenarnya hehe
Liat bulatan nda lurus ku buat bawah ni...
Wah apa sebenarnya tu aa...are they actually stems???
Batang pisang nda jua...hehe...designer atu benar2 terperinci kerjanya. What about manik arah pemigang atu...drg gunakan BIG manik kali hehe.
Uish! Kagum aku. i like again!

Ok atu saja mau share berita hari ni hehe.



Berita nda penting:
Alhamdulillah dengan kata sepakat kami...Dan InsyaAllah mudahan akan tercapai apa yang kami ingin Laksanakan & khabarkan kepada seluruh keluarga. Doa2 kan aa. Terima kasih =)

Saturday, March 24, 2012

Gathering for bigSis' bday last night

Selamat pagi kamu =)

Semalam selamat celebrate birthday my only kaka sudah.
Her birthday was on 14th March 2012 hari tu.
Cuma sempat buat gathering semalam, 10 days belated hehe. Nda apa la...

The initial plan for her birthday between me & lilSis was actually kan treat her for hi-tea saja on her birthday tapi we were all quite busy. 
bigSis been complaining of workload these days lepas balik kursus hari tu. so postpone dulu la...

Postpone punya postpone...hehe until bigSis berSuara mau hold family gathering, doa selamat kecil-kecilan saja kata nya. Ia tah tu berlansgung semalam.

*hohoho...how old are you again sis?*

*coklet kek aaa...*

  • Foodcatering semalam from HTC (nda pasti stands for apa, tapi amat famous diKalangan government sector utk acara pejabat) and...bigSis belanja yayy =)
  • Babu2 brought satay ayam, corn soup and few other snack.
  • Goodie pack for cousins juga bigSis belanja.
  • Birthday cake, sponsored by me & lilSis. Satu peringatan for lilSis...beli COKLET kek! hehehe
  • Bought bigSis chocolate saja for her birthday present tahun ni, shop at kedai coklet baru diQlap Mall lepas kerja kemarin hehe.
  • Oh extra goodie 'Sunlight dishwash' for babu2 & aunties. Actually a gift for lilSis or probably as sample product dari supplier company lilSis. lilSis brought home 1box and few boxes still left in her office, jadinya sharing saja dengan family members lain. Lagipun 'Glo dishwash' dirumah masih penuh tongnya. Familiar dengan 'sharing is caring' hehe...

Well, its just a small family gathering.
Asal perut kenyang, ada masa lepak santai berCerita sama family cukup lah kan.
Kan masani cuti sekolah, jadinya manfaatkan sikit la masa adik2 sepupu yang tengah berCuti kan berjumpa sepupu2 yang lain kan kan kan...
They all went home almost midnight semalam.
Berkemas rumah & dapur pun sampai keAkhir malam.
Apa la nasib orang2 yang berkerja hari ni kan hehe for FAMILY...its ok loh =)

Happy weekend =)

Thursday, March 22, 2012

Ketahui, fahami & bertindaklah...

Asam garam dalam pekerjaan. Lumrah sudah macam2 masalah kitani kan hadapi dalam sehari-hari, samada tugas atu yang susah ATAU orang2 yang berkaitan tugas atu yang menyusahkan.

Salah satu tugas kerja ku termasuk menguruskan hal ehwal pekerja asing. Bukan pengambilan pekerja baru dari luar atu ey...kalau atu, cari saja employment agency yg disenaraikan. Aktiviti utama perusahaan Syarikat ku bekerja ani berkenaan dengan IT, jadinya tiada kena mengena urusan pengambilan pekerja baru asing. Hanya setakat membaharui LESEN pengambilan pekerja asing bagi syarikat saja. Sedikit sama macam pengambilan amah.

Jadinya ada satu insiden dengan agensi pekerjaan kami yang baru ani, agensi yang sebelum ani memang bermasalah. Dalam kedua meeting pertama kami, urusan semua macam ok saja. Nda pasti la samada drg sengaja act-all-excited pada luaran hanya untuk mendapatkan bayaran tugas ani ataupun nda.

Lepas satu ketika atu, ada la satu dua dokumen terlupa disertakan. Aku sebagai pekerja yang efisyen (haha kambang kan trabang saja ni imagine..), cuba hubungi agen ani & maklumkan apa yang terjadi. Dan.......terjadi lah macam kes agensi pekerjaan yang 'beulah'. Memandangkan tanggungjawapku jua memangku tugas pentadbiran pejabat, mau nda mau terpaksa jua ku layan kerenah agen ani. Mulanya, nda plg mau kan tau kenapa sebenarnya agen ani berkelakuan macam atu. Pasal aku pasti nada masalah TERtimbul pun sepanjang sebulan baru berurusan dengannya atu.

Mengenangkan kes agen sebelum ani, jadinya nda la ku mau pisang bebuah berkali-kali hehe. Karang sanak saja ku bekraja dengan orang jenis macam atu tu... Dengan perasaanku mau tau, sikit geram & mau elakkan perkara nda baik masa2 depan, confront saja dengan agen ani la.

Lupakan sekejap hubungan profesional antara kami, cara percakapan pun berubah sekejap jadi macam kawan lama tah plg hehe. Cerita punya cerita, tanya punya tanya....rupa-rupanya agen ani kes SALAH-MARAH-ORANG !!!!!!!

Kan ketawa sekuat rasa, nda jua sopan didepannya kan hehe jadinya aku mampu tersenyum saja la...

Pasal apanah jadi macam atu??? Hehe...

Kisahnya.......... Agen ani baru kehilangan handphone. Tukar handphone baru lah kan & nombor handphone masih maintain (wah punya syg dengan nombornya atu hehe). Secara otomatik nombor telefon clients pun hilang atau lupa. Kebetulan masa aku hubungi mengenai dokumen yang ketinggalan atu, sedang ia marahkan seorang client yang lain. Katanya suara ku dengan orang atu lebih kurang sama, nombor telefon pun barangkali jua sama.

Ish ish ish....ia tah tu nah malas kan periksa bisnes kad kami. Tau tau tembak saja. Aku yang mangsa emosi agen ani nada yang kesian kah hehe. Nasib perasaan-mau-tau-kenapa ku timbul hahaha. 

Nda apa la, walaupun sedikit marah dengan kelakuannya before atu...ku maafkan saja. Kesian banyak kali ia kata "Sorry miss" lepas ia tau silap dari dirinya. Oh by the way, agen kami ani cina hehe...sebab atu i said diAtas kes 'ulah' agensi pekerjaan (merujuk pada agen amah yg bermasalah atu ok hehe).

Selesai satu perkara.

Selamat menempuhi jam2 bekerja anda yang mencabar hehe =)



Pssst! Satu insiden bukan diTempat kerja hari ni...annoyed dengan orang yang minta maaf selamba saja. Minta maaflah seikhlasnya...bukannya siap ter"hahaha" lagi...huh!!! Ok babai.

Tuesday, March 20, 2012

Pesta Santai Muara 2012

Something to share for this weekend.

Pesta Santai Muara 2012

Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga diHujung minggu ani.
Mau pigi? Jgn lupa tandakan diKalendar biskita.

Have fun =)

Saturday, March 17, 2012

Truth hurts at times BUT its good to know...

True!
Truth hurts at times BUT its good to know...

I once read & remember this,
"Never forget what someone says to you when they are angry, because that is when the truth comes out."

Kita memilih untuk mengetahui walaupun kebenarannya menyakitkan hati.
Kita memilih untuk menempuhinya walaupun kita tahu kita nda kan terlepas dari menempuhinya lagi.
Sabar & terima saja apa yang diLalui.
Doa & berharaplah semoga masa2 depan lebih membahagiakan diri.
InsyaAllah...


Sesuatu untuk diRenung kan.

Selamat berHujung Minggu =)

Friday, March 16, 2012

Sedang berCuti? i'm not... =(

Salam Jumaat kamu...

Pagi2 tengah ready2 kan beSiap kan kraja...
Sunyi ey...nyamannyaa...selesanyaa...
Aik?!!

Biasala hari Jumaat, kadang sedikit sunyi suasananya dari hari bekraja lain kan.
Bagi pekerja swasta, mau nda mau pun...macam nda biasala plg kan hehe.

Hari Jumaat lain2 ku, biasanya pagi2 ada dangan urang kan ready bekraja jua who is lilSis.
Dan jua lilBro getting ready for mengaji diMasjid Jame', berabut bilik mandi la tu aa...who is aku yang hantar since kawasan kraja ku jua.
Mama plg hehe rutin pagi2 biasa udah buat breakfast.

TAPI hari ni???
Aku sorang saja yang semangat awal bangun getting ready kan kraja.
Haha perkataan 'semangat' perlu lagi ku tekankan kah dalam kenyataan diAtas atu hehe.

Huhuhu soooooo jealousssssss ey...!!!
Semua urang rumah berCuti hari ni laaa...

lilSis ambil cuti hari ni kan bePergian keKK dengan kawan2.
lilBro berCuti mengaji jua, biasa kalau cuti penggal sekolah...mengaji diMasjid pun cuti jua.
Hari Jumaat kan pekerja awam berCuti.
Dan hari ni dengan rasminya anak2 sekolah berCuti penggal sekolah selama seminggu.

Uwaaaaaaa....aku mau cuti juaaaaa!!!

Ok ok! Lap aing mata, lap ingus. Hahaha macam sibanar...
Sambung bekraja ey, menaip kraja kah apa ni....hehehe marah ka Mr.Monitor ani.

Selamat berCuti sapa2 yang berCuti atu aa =)

Wednesday, March 14, 2012

WW 14Mar2012: Just a phone call away...

Just a phone away...

Gambar2 dari Koleksi Awg.Gugel.

Gambar mula dari atas keBawah, menurut turutan cerita untuk diSampaikan.
Rujuk kepada tajuk entri semula...jelas kan?

Kecewa, tertekan, geram kan kalau ani terjadi?

 Benar plg tu kenyataan "Just a phone call away"...
Bila panggilan hanya diPenuhi dengan kesunyian & layanan nda berminat kan bercerita, usah diJawap lah panggilan atu kawan! Bagi melecur saja hati ani!

Geram dengan kejadian hari ani. ish!

You all apa cerita?



By the way, its 14 March.......Happy Birthday BigSis =)

Tuesday, March 13, 2012

Not in a usual Meeting Room?

First day of the week, had a meeting with boss.
But not in a usual place??? hmmm.......

*Gambar dari Koleksi Awg.Gugel*

So, kemarin adalah hari pertama bekerja untuk minggu ani.
Kemarin jua bermesyuarat-pendek dengan boss selepas sebulan nda nampak batanghidungnya dalam pejabat hehe.
Tapi we meet-up diTingkat bawah, dalam restoran la tu. Pejabat ku diTingkat dua. Nasib ada restoran kawasan bangunan ku bekraja ani.
Mesyuarat bersama boss & Project Manager.

Hehe awal2 pagi masuk restoran dengan segala fail2 dan dokumen untuk penelitian boss.
Nasib jua lagi, pekerja restoran sudah biasa dengan our faces diBangunan atu. Jadinya masing2, buat hal sendiri saja.

Nda pernah ku bermesyuarat dengan bosses in other places other than our Meeting Room dalam ofis atu. Baru tah sekali ni terjadi hehe.
Bukan apa atas alasan kesihatan boss jua. Kan boss baru lepas pembedahan jantung 3minggu lepas. Datang singgah kemarin pun, dalam perjalanan kan menjalani terapi. Lagipun kan menaiki dua tingkat anaktangga memang nda larat. Boss memang seorang hardworker, nda hairan bagi kami pekerjanya ani meliat boss gagas kan back to work. Tapi Alhamdulillah keadaan boss cepat prosesnya kan baik atu.

Oke pertengahan bulan Mac udah ni, sebenarnya banyak tugas tambahan untuk bulan ani kan diSiapkan sebelum tarikh akhir akaun kami diTutup. Faham kan? Syarikat swasta kebanyakkannya menyelesaikan kerja auditing bulan ani hehe nda faham takpe....

Nanti lagi ku buat bebel-an lain aa =)

Saturday, March 10, 2012

Brunei menang HBT 2012

Enough said, just wanted to update the result of this entry.

Result perlawanan sengit semalam.

Brunei Times frontpage today =)


Lepas Brunei menang semalam, kampong ku meriah dengan bunyi bungapi hehe macam esok kan raya tah plg.
Semalam hujan diStadium kah? Macam bisai saja cuaca malam atu kan. Aku nda tau tapi yg pasti diKampong ku nda hujan, selesa lagi belimpangan meliat match aa dengan lilSis...tapi gundah gulana plg tu hahaha.
Memang kuat persaingannya semalam atu, dua2 team mengganas bah hehe.

Well, komen ku diAtas bukan plg dari sudut pandangan pemerhati professional hanya peminat baru yg lebih teruja saja hehe.

As said dlm entri ani, benar lah Kebawah Duli turun meliat perlawanan akhir semalam. Dan rumor pasal dpt 20k seorang atu...hmmm rupanya 20k hadiah bagi Juara...keseluruhan le tu. Siapa yg melebih-lebih cerita atu aa ededeh. Apa yg diLiat semalam atu, penyokong Brunei memang bnr2 semangat la menyokong sampai keAkhirnya.

Satu cerita nda penting hari ni hehe...i didnt realise im wearing yellow today for work!
Until one of my officemate menegur hehe.
No wonder awal tadi pagi masa membayar Caruman TAP/SCP, pekerja2 bangunan sana atu tenung sambil senyum semacam je. Hahaha well if they think aku bangga pasal perlawanan semalam...yes ofcourse, org Brunei mana jua nda bangga kan kan kan. Tapi kalau sebab utama adalah baju long sleeve ku utk pakaian casual kraja diHari Sabtu ani...terlupa la plg kan iron hari tu, so pakai saja mana yg berterikah siap tergantung diDalam almari ku atu kan hehe.

Happy weekend all =)

Friday, March 9, 2012

HBT 2012 Final Match

Tonight!!!!!

Mari meriahkan, bisingkan, riuhkan malam abiskita malam ani untuk
 HBT 2012 (Hassanal Bolkiah Trophy) 2012.

Perlawanan Akhir antara: Brunei & Indonesia


Antara tebuan muda kitani yg akan berentap malam ani.

Terjadi 'Bruneian Wave' semenjak Brunei semakin ganas berentap untuk masuk kePerlawanan Akhir. Sebagai tanda sokongan tebuan muda kitani jua tu bah.


Anyway, diMana-mana topik hari ni banyak mengenai tiket HBT 2012. Kesian jua rasa hati pada yang nda ampit atu walaupun dari jauh & awal2 sudah menunggu. Apa boleh buat, layan tv Brunei saja kitani malam ani aa...sama tah kitani tu hehe.

"To Lilsis di-ingati sudah tu aa...pintu StadiumKu hanya diBuka once aku balik rumah sudah. Jalan2 tah saja dulu lapas kraja atu, shopping mangkanan ringan utk malam ani ka hehe..."

Kuaci amat sesuai sekali.

Kalau tabal masih wallet, beli ani jua.

Kalau mau claim from me, bali ani jua.

 Ani pun boleh jua, stok utk aku plg tu hehe...

Tapi kalau malas kan menyopping...apa kata katik2 mesej suruh bigSis blanja bawah ani hahaha. Delivery saja, one call away. Tapi awal tah kali menelipun tu aa, barangkali delivery man kan liat match jua hehe.


Ok sekian dulu.
Ada sudah kan berangkat keStadium? hehehe...
Ada yg mengadakan bbq diRumah kan liat match ani dgn family?...ey tesliur tah plg nah!

Bah ok2...enjoy perlawanan malam ani ok =)


Psst...Adakah benar rumor ani....???
Kitani nantikan saja.......
Adakah Kebawah Duli akan turun padang malam ani?
Adakah benar sekiranya Brunei menang, pemain2 Brunei akan menerima 20k seorang?
hmmm...nantikan aja la...
yang kitani mau pastikan..........
Adakah Brunei akan menang malam ani??? Hehehe

Wednesday, March 7, 2012

Kurang kerja sikit

Terasa ringan bebanan diBahu...hehe not literally

Bangun pagi rasa ringan & fresh =)

Sebab...???

Baru recover dari Flu dan...
semalam berhabisan selesaikan iron sebakul-penuh baju2 kerja ku hehe lega rasanya mcm behutang saja bah hahaha.

So diSiang hari ni pikir2 apa kan diSelesaikan lagi karang malam hehe. Eleh! sudah nya rajin atu...
Harap2 nada tugas2 diOfis ani aku terlupa kan buat hehe. Yang lain2 dah selesai yipeee...hehe kurang lagi tugas-tugasan.

Anyway, nada perkara serius yang kan diTimbulkan dalam entri ani aa hehe sorry kamu...

Apapun, trima kasih membaca...hehe babai =)

WW 07Mar2012: News clip of the Day


You'll find above at the end of this article.

"...for legal reasons." - understand fullstop

Thanks for reading.

Saturday, March 3, 2012

Early March 2012 Weekend

BerKongsi iklan2 ni...
maybe ada yg belom pigi (termasuk aku hehe)
dan mungkin last minit interested to go...

7th Belait Travel Fair 2012
Hari ni 3hb hingga esok 4hb Mac 2012.
Bertempat OGDC Seria, Belait.

Pesta Buku Brunei 2012
Bermula 25hb Feb hingga 5hb Mac 2012 ani.
Tempat ICC, Berakas.

Hari ni 3hb Mac 2012, Brunei Darussalam vs Malaysia ye...



Ok diBawah ani sebagai peringatan bersama.
Minyak habis stok??? Menimbulkan panik!
Mana jua org konvoi keStesen Minyak takot nda ampit...hehe.
Kenyataan dari Pihak BSM diAtas.

Jangan lupa setiap Hari Jumaat hingga Hari Ahad
adalah hari kadai-kadaian tanpa beg plastik.
Jadinya tau2 sendiri bawa beg utk belian biskita ok =)

Friday, March 2, 2012

'Melekat' dengan handphone

Sapa suka main games dlm hp?
Aku pun jua. No denial.

Isu diSini is...some people terlalu 'melekat' dgn hp.
Lagi2 kalau hp terlampau canggih.
Understand plg we can do anything digitally dgn hp. Very useful if it helps a lot in your daily activities.

*pic NOT from personal collection. google only ma...*

I dont mind if your phone canggih mana kah...
Tapi......kalau sehingga kan out of your 24hours a day atu, 20jam (haha exaggerate!) kan menghadap hp....ish! aku sendiri yg meliat pun rimas & ignore org atu totally. 
Yes true, someone already terkena ni oleh ku.
I intentionally ignored the person & when the person ready to focus on me then i js blamed for what had happened. i dont care apa ia rasa masa atu. Especially if it concern to the works yg belom diBuat & selesai.

Fikir2 saja kalau situasinya macam ani:
  1. In a meeting, org yg sepatotnya buat presentation etc...have a long personal call or text messaging. (Never happen dlm kerja ku, if it is pun the attendees tau2 sendiri excuse themselves from the room hehe)
  2. Urgent task yg perlu diSelesaikan, nama jua urgent kan. When you come back, to get the finish-work...tau2 alom bebuat langsung. See the person still with hp, diSubuk main game. Gggrrrrrr...!
  3. Time jln2 keKadai, the person you are with asyik2 dgn hp. Tahan kah jln sama2 tanpa berCerita apa...hmmm alahai! rasa kesian dgn diri sendiri rasanya ey. (If my dearFiance bah...honestly i will tagur that moment jua, bila jua masa kan have quality time together kan kan kan...)
  4. Time lepak2 santai, the person you are with asyik dgn hp jua lagi. Bila diBawa berCerita macam nda berapa listen to the story...'hear and listen' are two different action words ok! (Yes you hear me telling you the story BUT did you listen to the story...? toink-toink-toink!).     

Atas ani cuma few saja, sebnrnya isu 'org melekat dgn hp' ani berlaku everytime and everywhere. Nda diSangkalkan tu.
Nda plg halnya kalau sederhana saja penggunaannya.
Jangan saja ia diJadikan tabiat & sebagai personaliti kamu bila berDepanan dgn org.
Hehehe bigSis call org jenis ni 'anti-social'!
Luas plg maksudnya perkataan atu tapi in this case, benar lah tu.
Ndakan dlm keraian family pun, malas kan join berCerita kan kan kan....


Ingat2 saja.......
Jgn sampai tinggal segala kerja & tanggungjawab.
Dan..Jgn hingga terlupa hal keluarga & rumah.


A simple question to the person yg jenis ani:
"Can you live a day WITHOUT your phone?"



hehehe renung-renungkan lah =)

Tibi again???

Penyakit tibi menyerang keluarga Ku lagi! 

ish3...! Walaupun bulan Mac ani bulan Hari Tibi.......

Ada cerita pasal kesihatan adikBongsu ku diSini.

Selepas seminggu keluar dari wad Hospital RIPAS, adikBongsu ku diLawat oleh kakitangan hospital utk pengesahan kesihatan. Tau2 a new case plg timbul. My lilsis kana detect ada virus tibi dalam darahnya. Semua ahlikluarga hairan lah macam mana boleh jadi ni...adikku nda batuk pun...

Kemarin family ku had injection for the test procedure. Hari sabtu ani kePusat Kesihatan atu lagi utk memastikan samada ada yg terkena jua. Bukan apa ia satu prosidur saja, memandangkan setahun lepas my mama diJangkiti batuk tibi.

Pihak pusat kesihatan Tibi memaklumkan virus ani timbul dari tulang belakang adik ku. Bukan sakit tibi yg batuk2 atu. Well i didnt know jenis tibi ada mcm2. Mungkin kesedaran pasal penyakit ani nda terdedah luas utk pengetahuan awam, walaupun diMana2 udah ada poster2 dan iklan2 tv menyiarkan. Dan kemungkinan apa yg diBeritahu kemarin atu...kebarangkaliannya dari darah yg diTambah hari tu. Nda pasti la.

Sayang sekali nda byk info pasal 'Spine Tibi' yg aku dpt utk memahami sakit adikku ani. Apapun pihak pusat kesihatan tibi atu asyik menegaskan utk adik ku kan disiplin makan ubat yg diBagi memandangkan ia melibatkan tulang belakang...yg kamu pun pasti pikir memang membahayakan kan? Lagipun yg memata-matai condition adikku ani, org2 rumah kami saja sebab kes Spine Tibi ani nda perlu diKuarantin kata drg. Kami lah yg perlu berhati-hati jua dgn pergerakkannya. 



Ku kongsikan sedikit info diBawah ani pasal tibi. 

Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Mycobacterium Tuberculosis.

Kebanyakan orang yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit TiBi oleh kerana sistem pertahanan badan yang kuat untuk menghalang jangkitan. Akan tetapi kuman Tibi ini akan berada di dalam keadaan yang tidak aktif.

Jika sistem pertahanan badan seseorang itu terjejas atau menjadi lemah kuman Tibi yang ada di dalam badan seseorang itu, akan menjadi aktif dan membiak, menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.

Tibi mempunyai pelbagai jenis misalnya paling lazim, tibi paru-paru yang boleh berjangkit ke bahagian lain seperti otak (tibi meningitis) atau tibi kulit yang menyebabkan kudis sukar sembuh berbanding kudis biasa yang mudah sembuh jika disapu ubat.

Tibi kelenjar atau lymphadenitis dikesan menerusi kehadiran bengkak kelenjar dan demam biasa yang berlarutan hingga dua atau tiga bulan manakala tibi tulang mungkin disedari selepas pemeriksaan X-ray terhadap tulang belakang yang sakit menunjukkan tulang itu patah walaupun pesakit tidak pernah jatuh atau kemalangan.

Tibi tekak atau larynx menyebabkan pesakit bersuara serak, susah hendak bernafas dan sukar menelan makanan, manakala tibi telinga menyebabkan telinga bernanah.

Tibi saluran kencing menyebabkan pesakit berasa sakit ketika membuang air kencing, kencing berdarah, sering kencing dan sakit pinggang, manakala tibi perut atau tibi usus akibat kuman yang masuk ke sistem pencernaan menyebabkan cirit-birit dan muntah.

Sumber: MOH Bruneigadistulipsz91, bole baca pengalaman sakit org ani keno-smile.

Nanti lagi.

Buat apa sehari dua diDalam ofis

Salam semua =)

Wah...macam lama sudah nda becerita pasal hal ehwal dalam ofis ku kan hehe. Kamu kesah kan hehe.......

Semenjak-menjak bos bercuti sakit dekat sebulan sudah untuk heart bypass surgery ani, environment ofis sedikit relax saja. Walaupun setiap pekerja tau2 sendiri dengan tanggungjawab & kerja masing2, kadang ada masanya we all abit lost and nda tau apa kan diUruskan hehe.

My part biasanya berUrusan dengan staff HQ diSingapore thru emails or IP, so atu kira ok saja bagi aku. Apa cerita plg dgn staff yg deal dgn technical works & monitoring projects...hmmm memang amat susah bila nada yg lead kan.

Anyway akhir bulan lps dan awal bulan Mac ani...selesai saja kerja penyelenggaraan bulanan diSatu2 tapak projek, apa yg officemates buat dalam ofis was.......CLEANING!


Ada yg memvacuum, memindah posisi meja (termasuk aku hehe), lap2 meja, lap2 cermin, bersihkan toilet, bersihkan aircon dan satu tugas rumit of the day was memindah posisi aircon. This was done kemarin. Takes whole day termasuk masa diAmbil utk membeli items yg diPerlukan & pemasangan by one of the technicians. Ani lah kebaikkan jua bila staff ada skill dalam hal2 elektrik, jadinya nda payah kan hire org lain lagi. 

So yesterday not much cleaning & organizing done by me except my desk. Tapi hari ni...? Hehe hari ni, me & the staff clean the Meeting Room & our boss room. Managed to get inside Boss' Room kan meruah dokumen kan diFedEx soon. With his permission ofcourse. Atu pun melalui text message pasal if kamu mengetahui jua bila someone had a bypass surgery ani, drg nda tahan kan beCakap byk & bernafas mcm biasa. Takes time to recover macam biasa jua kan. So utk memudahkan komunikasi dgn boss masani ani adalah melalui mesej saja.

And.......selesai sudah do the cleaning pagi tadi, Alhamdulillah. Sekarang sudah selesa dgn perubahan baru dlm ofis. Ceh! Perubahan byk pun nda hehe...at least the office now very clean loh hehe. Apa le.