Cari Hotel Percutian Murah DiSeluruh Dunia Disini

Wednesday, May 30, 2012

Mood therapy

Made this last night.
As my mood therapy.
Juga sebagai hidangan acara keluarga malam ni.


Btw, esok cuti kan...
Selamat berCuti kpd kamu2 yang berCuti jua =)
Happy Armed Forces Day esok Brunei.

Tuesday, May 29, 2012

Tersekat-sekat

Salam

Kan bercerita tapi macam tersekat-sekat tekak,
kan menaip memulakan cerita jemari ani macam terpesong keCerita yang lain...

Nampaknya i cant share kisah emosi ani
(i think nda bisai jua diKongsi sini kali).
Mampu berkongsi rasa saja diSini.
Harap2 saja kembali aman semuanya.
Kusut sendiri, apalagi org terdekat...nda pasti apa patot diBuat.

Malas kan marah sudah, nada gunanya jua.
Sendiri marah pun, apalagi org terdekat...lagi to the max marahnya.
Sudah tah nda terurus, datangnya pun selalu menyusahkan org.

Kalo org lain, sekali buat salah gerenti org lain nda kan percaya lagi.
Kalo diTempat kerja, nada maaf lagi gerenti kena sack tu.
Apalagi org terdekat...atas nama simpati, kesian dan pertalian...
masih jua diTerima.
TAPI lepas berkali-kali diBuat perkara yang sama,
kali ani mampu kah org2 ani kan tahan dan sabar lagi?
Sudah tah keadaan susah,
diTambah2 lagi susah atu arah org terdekat.
Memang tah nda waras!

Mudahan org2 terlibat diBerikan kekuatan utk bertindak & buat apa yang sepatotnya.
Nampaknya ani jalan yang terbaik untuknya kali...

Wassalam.

Happy Birthday LilSis Bongsu 29May2012

Selamat Pagi

...Happy Birthday...
to adik perempuan ku yang bongsu
hari ni 29Mei2012.

Mudahan kembali aktif & bergerak sihat seperti sebelomnya.

 Nice to see mama prepared small-pack for her classmates hari ni. 
We know its been difficult on her part when it comes to school. Anak muda masa ni ada yang baik & nda brapa baik, nice to hear jua dari mama before that sometimes her classmates help to assist lilsis in class & around school. She still in process of recovering sepenuhnya though.

InsyaAllah will celebrate her birthday & lilSis sorang lagi together esok malam.
Hoping for a barbeque meal...but will see...

Saturday, May 26, 2012

Choked!

Felt choked up!

Hope the rest of the day will be just fine.
Shine on me, sunshine.


Happy weekend all =)

Wednesday, May 23, 2012

Hantaran Kasut - tertutup atau terbuka?

Aik! TERbuat byk entri la pulak hari ani aa...

Anyway.......

A friend recently bertanya pendapat ku pasal menghias Hantaran Kasut buat bakal suaminya.

Since aku sendiri nda pernah menghias Hantaran Kasut buat dearFiance nor for family, jadinya aku bagi pendapat seimbang saja hehe kes nda mau sakiti hati kawan la tu.

Bukan apa pun, masa ni gubahan hantaran mcm2 sudah fesyennya. Nada right or wrong decoration sudah gayanya, asal saja bisai diPenglihatan semua...bisai tah sudah tu kan kan kan.

Halnya dengan my friend ani, she prefer hantaran bertutup. As in berkotak kah ya, plastik kah ya or wrap kah ya...as long bertutup! As i say, selamat dari cuaca hujan atau panas kali la tu aa hehe. Nda tah ya mau kasut atu terbuka mcm contoh diBawah ani.

*terima kasih hakmilik foto. pinjam sini sebagai contoh saja*



She bought a transparent kotak for shoe utk simpan kasut mcm contoh diBawah ani.

 
*terima kasih hakmilik foto. pinjam sini sebagai contoh saja*

And ia mau gunakan kotak atu utk hantaran kasutnya atu la. Nda kan use the original kotak kadbod kasut atu kan hahaha melarat. Anyway...I said ok jua as long kotaknya nda sempit utk memuatkan kasut & display mcm first picture above atu. Memandangkan hantaran my friend ani diHias-DIY sendiri oleh family then better kali cari few designs sebagai rujukan sebelum durang duduk ramai2 memulakan kerja kan.

Thats what i think.

Ada yg mau bagi pendapat yang bisai for her lagi?

Thanks in advance =)

Stesen Minyak tutup awal hari ni

Harap maklum dengan maklumat baru2 ani aa



Kepada pemandu2 yang akan melalui perjalanan yang jauh hari ni & pemandu2 lain am nya.
Dah penohi tangki minyak kereta abiskita?
Karang tutup awal tu...
But dont worry perkhidmatan  esok seperti biasa.


hehe check kereta tadi, meter minyak pada tahap selamat...hehe can survive for few days lagi before the next trip to Stesen Minyak.


Makluman diAtas tidak bebayar, hanya utk makluman bersama je ye.
Ok Babai =)

Al-Fatihah buat Norma

Mengikuti kisah Norma dari tahun lepas sudah.

Yang sudi, sama2 kitani sedekahkan Al-Fatihah buat norma
Walaupun nda kenal secara dekat tapi kisahnya & kasih keluarganya memang menyentuh hati ramai org.

Kisah nya membuka mata, menyedarkan rasa...betapa besar pengorbanan keluarganya & kecekalan hatinya.

Dengan berita ini, Al-Fatihah mampu ku sedekahkan & salam takziah buat keluarga.

Happy Belated Birthday LilSis 22May2012

Miss me tak? 
hehe perrr-aa-saaaan...


entri pendek aa


...Happy Belated Birthday...
to LilSis kemarin. 
Will celebrate soon together dengan LilSis Bongsu.



Have a nice Wednesday people =)

Thursday, May 17, 2012

HealthExpress (Kiulap, Brunei) close FOREVER?

Org Brunei ada familiar dengan spa ani?

For future reference, just to remind myself & sapa2 saja.
Health Express Day Spa/Salon TUTUP sudah.
Probably since start bulan ani kali sudah.


The last time i went there was with the sisters bulan April lps, membuang masa & ringgit kami do earcandling...ededeh.

And was surprised ia tutup awal bulan Mei ani, masa plan kan walk-in for hairwash. Langsung nada banner, sign label or its wooden door atu lagi. Guess its close FOREVER then. Bila diTanya bigSis, tau2 andang drg kan tutup! Tapi nda sangka la bulan ani. Adoiyaiii...

Aku selalu jua do hairwash diSana. Even i did my first hair treatment diSana. Oops! Means i like hairwash sana bukan malas kan cuci rambut sendiri tapi suka banar drg massage my head atu. Biasa do it pun after-work, ringan rasa kepala hehe. Pernah cuba head & shoulder massage arah lain tapi nada yg memuaskan hati. So hairwash saja ku ok buat masa ani. Never tried full body massage so far, prefer focus apa yg sentiasa lenguh2 atu saja which is my shoulder. Sakit biasa utk jenis kerja mcm aku ni.

Hehe walaupun aku member with other spa/salon tapi selesa lagi ku keSana, bisai...just to come & go daripada other places yg arah shopping complexes atu.

Now thinking, nanti pigi spa mana aa bisai...?

Wednesday, May 16, 2012

Ahad:13 Mei 2012

Short entri saja about this ok.

The night before (malam minggu), jalan2 with dearFiance's family diBandar sini ke-Time Square, Citis Square and Airport Mall. hahaha mcm lain2 tmpt saja bah, padahal building sebelah menyebelah saja. Had fun but feel sorry about dearFiance pasal he had to carry other people's responsibility throughout the time. Kesian, annoyed but what to do...shut my mouth saja.

Comes to Hari Ahad,13hb Mei 2012 minggu lps. Was at Lumut dengan family dearFiance. Plan to have, Hari Keluarga sempena zon diBelait hehe. But kan ber-hari keluarga diRumah saja la. So me & dearFiance bought ayam & kambing for barbeque that Sunday. For our lunch meal la tu.

Mendangani menyalai with dearFiance & future FIL ku. Yang nda join dua families of adik2 dearFiance. Happy byk makan ayam bbq hehe. Sempat lagi kana usik ok..."Bali kambing tapi nda makan kambing, rugi rugi". I find it funny, i just laughed saja la mun kena arah muka sendiri pun.

Eventho niat mau celebrate Hari Keluarga, but future FIL baca doa selamat sempena Hari Ibu kpd ibu2 dlm famili. Apa2 aja la. Celebrate anniversary perkahwinan future SIL jua.

Head back to BSB tapi menyinggah lagi diKedai cd Tutong. Happy pasal i found DVD boxsets selama ani ku cari. Tapi dpt beli 1boxset saja dulu. Next paycheque reserve for the rest boxsets...mudahan belom kana beli huhuhu...

Sampai rumah, the sisters held very small gathering dengan babu2. Sempena hari ibu, they bought cakes & gifts for mama, babu2 and bapa jua ampit hehe belated punya hadiah le tu from bigSis. I can only chip-in sebab nda sempat join shopping sama2. Short notice saja.

That's my sunday! i joined two separate small gatherings, most of all i byk makan hari atu =)

Ole-ole dari Bacolod Filipin

Terima dua jenis kuey ni dari ofismet.
Ole-ole dari kampong halamannya.

*Satu biskut jenis lembut & satu lagi jenis tart. Produk dari Bacolod, Filipin.*

Ofismet filipino baru balik Brunei awal minggu ani.
Jadual balik negrinya sepatotnya awal bulan Mei ani tapi kami terpaksa arranged his flight schedule awal few days hari tu, sebab his father's passing.

Now ia kembali bawak ole2 utk aku jugak hehe menyempat lagi ni happy.
Gratefulnya ia that i arranged his flight schedule to the earliest possible hari tu.
Dengan rasa resah kelamkabut packing jua on that same day, ofismet mana nda ingau ati bersimpati kan kan kan.

"Manis jgn terus diTelan, Pahit jgn terus diBuang"

Maksud diSebalik peribahasa atas.
"Apa yg baik atu jgn mudah sekali kitani terima & apa yg nda baik, jgn mudah sekali kitani tolak."


Satu pengajaran dlm kehidupan kitani ani,
kitani nda kan selalu berjumpa org/perkara yg baik2 saja. Kalau kitani diDuga dgn perkara yg nda baik oleh sesuatu/seseorang...terima, fikirkan & berharap lah satu kebaikkan dari apa yg diHadapi. 
Ayat biasanya, sentiasa ada hikmah diSebaliknya tu =) insyaAllah


Aku baru hidup lebih 2 dekad, dunia ani sudah lebih 2 alaf. 
Macam2 sudah ada sebelom aku hidup, brapa byk jenis masalah & jenis manusia wujud.
Memang aku akui, aku kadang terlalu naif utk hadapi sesuatu.
Tapi peduli apa yg lain kata, i carry myself seSelesanya aku bawa diri aku kan.
Kitani hanya akan berubah kepada yg lebih baik mengikut keadaan & perspektif diri.


Tapi satu hal ani aku nda tahan.
Meluat ey meliat org2 dua-muka ani, usul baik-alim tapi perangai sama jua jenis nda baik atu. Tau plg nda baik berprasangka buruk arah org, tapi atu realitinya & kebenaran tepapar diMata sendiri. Menegur menyindir nda berpada-pada, nda sesuai dengan tempat. Kasihan org2 yg diSindir & diTegur atu. Aku yg bukan baik2 ani pun kadang terkedu nda berkata bah dengan apa yg diBuat.


Apapun,
mana yang baik kitani jadikan teladan dan panduan hidup...
yang buruk atu jadikan sempadan dalam melakukan perkara.


Lebih baik diam, menerima dan memahami daripada lebih-cakap tapi bertindak bodoh. Nda ja...?
oh! Kadang2 jua cakap nda serupa bikin. Tegur ini itu, tapi sendiri pun buat jua...apa hal tu beb!



Sekadar luahan rasa yang terpaksa aku kiaskan dengan bahasa.
Sesuai untuk bacaan umum biskita.
Aku pasti biskita pun pernah terjumpa jenis mcm ani kan.

Saturday, May 12, 2012

Cupcake for dearFiance

Semalam buat cupcake untuk buah hati saya =)
Buat cupcake-with-CHOCOLATE-frosting sempena our 7 years.
Later mau paksa dearFiance ngap ni! hehehe

*dengan flash nampak meriah kalernya*

*without flash...rasa mcm belahbagi mau rasa hahaha*

*asalnya begini. then selongkar lemari dapur mama ada choc/rainbow rice...wah! apalagi tabur saja tia haha*

Kek nya rasa plain butter.
Tapi pilih choc flavour utk deco atas supaya flavourful & meriah rasanya hehe.
Original resepi utk frosting sebenarnya guna cooking choc, but i used nutella choc instead (dearFiance's fave hehe).

Oh! Ignore level ketinggian each cake.
Kesilapan ku jua, we actually have to estimate jua brapa byk perlu diTuang kedalam kertas cawan atu haha..kan tepung penaik dlm atu.

Enjoy the weekend =)

Chocolate-making class (Tutor's pics)

Got this 2 pics dari tutor.
Gambar semasa menghadiri kelas buat coklet pada 28hb April yang lepas.

*semasa jamuan ringan lepas selesai kelas*

*gigih tuu...hehehe*

Friday, May 11, 2012

7 tahun =)

Hari ini 11hb Mei 2012
 
7 tahun mengenali diri mu

"Happy 7th years Dear"

=)

Thursday, May 10, 2012

Jemputan pertama

Ahad lepas.
Jemputan kahwin saudara yang pertama kami hadiri tahun ani!
ish ish ish...

*kaka Ku, me & lilSis. 1 pic saja ye...no pic from the Majlis*

Tiga anak perempuan joined mama menghadiri Majlis Perkahwinan saudara. Sepupu belah mama. Bapa pigi jemputan saudara belah bapa, berbagi-bagi bila ada jemputan saudara ter-clash sama hari kan. Tiga orang adik2 ku biasa la nda join.

For us three, ani tah jemputan yang pertama kami pigi tahun ani other than Majlis family terdekat sendiri. Merasa lagi perasaan sebagai salah seorang para jemputan. As i see it, its a good thing jua dapat observe2 Majlis orang kan. Bersedia-sedia untuk majlis sendiri. InsyaAllah...

Majlis diAdakan diDewan Sumbangsih Mulia Beribi. Tetamu jemputan perempuan & lelaki dalam satu dewan atu. Tapi berbahagi kawasannya la tu aa. Even doorgift pun lain2 for both sides.

Antara pemerhatian ku:
  • Venue: Ok. Parking areas cukup. Selesa duduk dalam dewan be-aircon, mekap pun bisai terletak masih hehe. InsyaAllah ada lebih rezki boleh sewa dewan jua utk majlis sendiri.
  • Makanan: Makanan sepatotnya ada lilin utk memanaskan makanan dalam foodwarmer, memandangkan dewan ber-aircon. Nyaman lagi makanan kalo diMakan panas2 kan. Pilihan menu ok. Except ayam abit keras & teliat jua byk ayam diPinggan2 nda habis diMakan orang.
  • Doorgift: We got beras. Nda kisah plg as long brg makanan. Baik jua menambah stok makanan diDapur mama kan hehe
  • Hiburan: They hired 'siBeracun' (comedian Keluarga 69). Sementara menanti pengantin berarak masuk dewan, ada sesi nyanyi karaoke & games teka soalan mengenai pengantin. Of course ada hadiah. Ani bisai! Bole jadi ikutan, sebab daripada para jemputan duduk diam malas bercerita...baik jua meliat telatahnya cali atu kan. Sekurang2nya meriah lagi.
  • Pengantin looks: Very classic. Mengenakan pakaian songket. Also like. But the bride's makeup nda exclusive. Macam biasa. Oh MUA...memang memainkan peranan penting utk bride's look kan. May need to get the sister's opinion for my choice nanti ni...hmmm. 
  • on Tetamu yang dijemput: Dapat diLiat ada tetamu yang terlebih fesyen/mekap/aksesori dari fokus-utama Majlis. Senyum saja la...bukan niat untuk memerhatikan lama2 pun. Dah terfokus yang the vasssss...hehe tak sengaja.      

Anyway....

The sisters had fun jua cerita2, liat2 fesyen baju orang, mengenal pasti saudara itu dan saudara ini (dialog byk diGuna "aiii...basar tia sudah siPulan aa" hahaha), mengumpat ooops!...hehe.

Hehe apa boleh buat...adiberadi jarang keJemputan kahwin saudara. Ni lah jadinya macam kekejutan letrik...back to past, mengingati sepupu jauh mana satu ni, uncle mana ni, aunty mana, nenek mana dan dotdotdot hehe.

Nice to see them all jua. Macam raya tah plg. Eh! Raya pun kadang nda tejumpa...bila durang datang beraya, kami plang bekraja so parents jua saja melayan tu.



Orang2 yang kan berkahwin, mesti rajin datang majlis saudara sebelum Majlis durang sendiri supaya.....majlis durang pun sama ramai diDatangi sanaksaudara. 
Apakah betol? 
Membalas-balasi dengan kebaikkan. Adil la kan. Betol?

Saturday, May 5, 2012

Perempuan dan tikus

Small incident after work yesterday.
Batah tercegat diTangga bangunan ofis ku because of this!

"Aku kan balik bah ni...kan balik bah...lalai jua ko melintas!"

Anak MickeyMouse ani macam main2 kan aku saja...
Setiap kali ku kan melangkah, pandai ya lari back & forth. ish! 
"Nda ku mau main sama kau bah"

Nampak?
EEeeeuuuwwwww....! Anak tikus!

Nasib kau siAnak tikus hitam. Hmmm...I still wonder bila kucing warna hitam melintas diDepan kitani sebelum memulakan perjalanan adalah petanda nda baik...
Banar ka tu aa.......

Storage..storage..storage...

Storage..storage..storage...!

Asyik memikirkan storage untuk barang2 in my room for quite some time udah.Mau susun ini tapi nada tempat simpan, mau susun itu tapi ruangnya nda bisai untuk pandangan mata ku.

Yes! Im abit sensitive & tegas dengan pembiakkan habuk dan adikberadik-sampah dalam bilik. Really annoyed jua bila barangan diSimpan bukan diTempat tertutup. Marah dengan diri sendiri la tu.

Haaa...ni pasal cabinet baju! Simple, murah & yang paling penting muat untuk susunan dalam bilik ku. 

Ingati pesanan dearFiance, "jangantah dulu bazirkan duit untuk almari design lawa, bila kan kawin nanti barutah pilih yang basar..and sama2 pilih baru siuk"
hehe kelip2 mata menung jauh jadinya...

Au...bilik nda sebesar mana pun. Ani pun untuk tempat simpan baju-bajuan ku saja, belom lagi kalau dah kawin nanti...perlu berkali-kali ganda saiz almari jua tu untuk simpan barang bakal suami kan kan kan...Lagipun baik jua beringat-ingat untuk our wedding fund jua hehe.

Oh tempat pengantungan baju atu yang bagi ku amat berguna sekali. Ya la kalau jenis manusia yang suka menerikah baju sekali gus, geram ati jua mencari diMana kan diGantung lagi. Belom lagi kes2 baju orang lain mengayau minta simpan hehe kisah benar diRumah ku...

Apa bole buat...mau beli yang murah kan. Kalau yang dah pasangsiap, harga tambah sikit. Yang DIY ani, ok la dengan bajet. Assemble sendiri ok, sekali sekala merasa. Hehe kalau dearFiance tau aku bertukang ededeh...mau nya ku diMarahin ni...

*Buka kotak dengan senyuman macam buka hadiah la plg hehe. Ok mula...*

*As long they have manual, i can do it! (i guess) hehe*

The whole process, diPerhatikan oleh lilSis saja sambil ia liat dvd in my room atu. Sekali sekala mama masuk bilik jua memerhati apa anaknya sorang ani kerajakan haha. Ok ada kalanya jua lilSis & mama ketawa meliat aku betukang melantak-lantak paku hehe.
Biar lah...

Tadaaaa!!!
*Siap ready kan menyusun lepas ni*

Alhamdulillah.
Siap, happy & puashati dapat buat sendiri barang baru hehe.
Love blue. Sebenarnya cabinet ani utk kids hehe.
But for me amat practical to hang jeans and pants yang sudah di-iron. Ketinggian paras pinggang ku saja. Damit. Kan dah kata murah kan...



Aktiviti biskita hari ni apa plg?

Friday, May 4, 2012

Picks of the Month

Good Morning.

Happy Friday.

I'm assuming this Month...
i will do more on organizing stuff, cleaning, creating crafts (maybe one or some) and more consumption of cocoa (chocolatessSSS loh!) more than other months have passed...hehehe true story about to happen...ceh!

Ok here's my reading picks for this Months!
Truth to be known, i dont have specific name of magazines for my monthly reading. Pasal diRumah i can just go to jiran-pintu bilik ku for her library...hahaha the BigSister collections of reading lah tu aa. She likes fashion magazines. Once in a while boleh pinjam saja for reading & keep update on fashion kan. Me? Random saja. Macam bulan ni beli magazine ala-ala 'National Geographic', then next month women magazines, next home renovation lah etc etc etc. Macam atu la rojaknya koleksi yg ada hehe.

I never thought this month's picks will be one of the best 'novel' of the best-best novels i have read hahaha.
Purchased recipe book & craft mag. Belum khatam lagi ok. 
Bulan Mei kan belum habis ni for the next purchase.
So why the rush kan? Walaupun 2pages takes half an hour to flip page sebelahnya hehe over...nop! banar if you read recipe book & tend to imagine buat menu atu hahaha ani baru tah kisah benar...

*Love my picks! Love minuman pilihan itu juga! kelurusan dearFiance tolong restock my fav drinks hehe tengkiu ye*

*Muka depan 'novel' pilihan ku. Make a visit to your nearby bookstore if interested jua aa hehe*


Oh! Another nice pick.
Nice pick of ole-ole gift dari M'sia.
Thank you dearCuzie. Sekembalinya dari melawat my tangah operation. Semalam went to Doa Kesyukuran for Arissa and my tangah operation.
Nda tau pun M'sia ada 'Sticky' branch store. Only tau diSingapore saja ada hmmpfff!   

*Pilih flavour watermelon ani dari apa yg the sister's dapat hehe*



Now your turn to say...Whats your nice picks of the month?

Tuesday, May 1, 2012

Chocolate-making class

Pagi semua =)

1st May ni. Maybe negara jiran sedang berCuti for Labour Day kan. Siuk ey. Brunei kerja seperti biasa ya hehe.

Last Saturday night activity! 

Happy ni kan share cerita. Seminggu nda mengarang, gagas jari ani kan mengatik-ngatik kibod hehe. Anyway, balik2 melawat blog ani...balik2 jua berbelah-bagi kan menaip. Mau share cerita itu, cerita ini la...last2 ani dulu yg menyusul hehe.

i joined Chocolate-making class. 
Lama dah mau joined 'practical' class semacam ani. Ani saja baru ada masa diLuangkan. Sms-ing berjanjian with the tutor & my own 'driver' hehe. Bila semua ok, fixed the time & place saja la. Why need 'driver' lagi? Sebab class nada diAdakan diBSB so i chose diKB saja la, and...dearFiance la jadi pak-supir ku. Hehe thanks dear =)

I know terdapat banyak video online boleh aku refer on this. Tapi ia tah bila 'practical' things macam ani, i prefer ada guru. Cara atu boleh lagi kitani sendiri belajar tapi teknik2 atu yg penting yg patut kitani fahami & ketahui...eseseeeeyh...

Was so excited to get started with everything, sampai the tutor said "ok sabar, lapas ani ku tunjukkan". Masa belajar utk malam atu terhad, so she taught yg design-simple utk mudah kami ikuti. Yes aku pun prefer yg design-simple dulu just to get the technique right. Few saja mampu buat malam atu, so ada lagi lebih adunan coklet ku. No worries still masih baik dalam simpanan untuk the next choc-moulding. 

*ambil gmbr student lain in action kajap while waiting my chocolate set. ani pun bila ingat kan ambil gmbr*

*the first-3 small choc yg berjaya aku buat hehe*

*belajar buat 2 size acuan. lollichoc pun ada jua*

*see that sexy-oreo-biscuit...atu salah satu yg nda berjaya hehe*

*filling ikut pilihan yg ada. yg besar atu isi-nya biskut oreo aa*

Niat hati mau belajar saja. Mau buat chocolate bentuk lain dari yg ada diKadai utk dearFiance nanti. Nanti? Ya la untuk hari istimewa kami la kali tu aa...ya la kan, dua2 kan hantu chocolate hehe or maybe for acara famili ka bole jua.

Plan to join this Hers Kitchen class jua nanti. Bisai bah they provide class schedule with list of menu. Lagipun satu area dengan my office, senang kan cari diMana tempatnya. Since last month, their schedule asyik2 clash dengan masa bekerja ku la. Senarai menu pun not bad. Hopefully, terluang join them nanti insyaAllah...

Kan menambah & menajamkan lagi bakat2 yg ada.
Ada minat, masa & kaching2...boleh2 aja dong.
Why not kan?

Babai...nanti lagi =)