Cari Hotel Percutian Murah DiSeluruh Dunia Disini

Saturday, September 7, 2013

New Job Offer

Bulan depan bulan Oktober 2013 mula kerja baru. Excited, nervous rasanya kan melalui suasana baru & tugas baru. Huh! 

Dah mentioned before kan... rezki kerja baru ni dalam perakaunan. Nda tinggi mana pun pangkatnya. Kira ok bagi ku, cukuplah. Tapi tu lah kan even family tekajot sikit terima kerja akauntan dalam Fastfood restaurant. Ganjil dan berbeza dari syarikat yang pernah ku pohon. Tapi Alhamdulillah rezki kerja ni ku terima adanya.


Sebenarnya nda lama pun proses permohonan kerja ku ni. Usaha pun kira nda banyak mana pun dibandingkan usaha pencari kerja diLuar sana. Memang faham perasaan pencari kerja yang belom ada pluang kerja ani. Kesian durang ani, tapi kadang kena kesian jua dengan diri sendiri. Masing2 ada rezkinya dan keadaan susahnya.

Gigih memulakan usaha memohon kerja pun cuma awal bulan Ogos sebelom Raya Aidilfitri. Dikala orang excited mau prepare barang raya, aku sibuk cari iklan kerja, mohon mana2 syarikat yang boleh terima kelulusan, kemahiran dan pengalaman ku. Pohon semua walau ada yang nda mengiklankan langsung jawatan kekosongan dalam company durang. Even raya ku pun nda brapa prepared much macam raya taun sebelomnya. Dalam otak hanya pikir...tukar kerja dan cari pengalaman tempat lain. Kan! Sampai ketahap atu la kekusutan pasal kerja ku. Sebab atu laa...

Syukur...one of pengiklan kerja call for interview. Memang jawatan/tugas yang ku mahukan. Dalam hati memang harap dapat. 

Temuduga diAdakan nda macam proses interview kebiasaannya. 2 orang yang interview aku. Keduanya perempuan. Santai saja interview, aku pun abit relax not nervous at all. Macam bercerita dengan colleagues usulnya. Aku pun surprise this feeling bila diPikirkan balik. 1jam 20min aku diinterview ok, aku pun lost track of time masa tu.

Hari isnin malam lepas ni baru terima call confirmation dari company tu. Lega rasa nya, happy banar. Sebulan usaha kira berbaloi la takat ani. Actually plan kan visit Job fair diBridex nextweek, kalo tiada new job offer hehe

The next day submit notis to my manager. Syukur lagi bos terima. Katanya ia nda terkejut i made this decision, memandangkan keadaan syarikat masani. Kan syarikat ku HQ diSingapore, director & HR manager memang dari sana. Oh! Kata bos bila send the email memaklumkan resignation ku terus Director call my boss. Sayang jua durang arah ku hahaha...perasan! Sebenarnya kerja ku ni sorang yang handle, imagine dah 5 tahun pegang & uruskan kerja dalam syarikat...top management mana nda gelabah nda tantu rasa hehe

Now tunggu bos hantar org baru, so aku dapat jadi teacher tunjuk ajar apa yg perlu. Hahaha cali bunyinya...teacher yo! Teacher...hehe. Apa-apa la.

Eh timbul excited plg kan mula buat kerja baru. Sabar sabar...Oktober here i come...

If you ever see me nanti in this Fastfood restaurant, tegur aku aa bagitau you read my blog...haha wah sempat lagi tu. Restaurant mana rahsia la yea buat masani.

1 comment: