Cari Hotel Percutian Murah DiSeluruh Dunia Disini

Saturday, May 14, 2016

Permohonan Nikah & Kursus Pra-Nikah kami

*Rujukan buat Bride-to-Be (B2B) khasnya diBrunei Darusssalam. Mudahan entri ni sedikit sebanyak dapat membantu. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.*


Dalam entri pertama persediaan utk Majlis kami sudah mentioned betapa singkatnya masa kami utk menyediakan apa yg patut dan yg terpenting antara semua yg penting hehe

Mungkin ani antara yg 'tertulis' buat kami utk menempuhi alam perkahwinan. Nda sama dgn org lain. Walau kebanyakkan pasangan sekurang-kurangnya ada setahun utk menyediakan segala hal persediaan, tapi bila di-ingat balik Alhamdulillah syukur macam ani Allah tunjukkan setiap manusia atu disatukan dengan sebaik-baik cara bagi bisdiorang.

Dgn aku yg jenis sedikit 'beuri' ani bila buat kerja last minit dan keputusan siDia yg mungkin terpaksa menerima kursus kerja panjang diluar. Ani lah barangkali antara penyebabnya keputusan kami sesingkat ani. Cuba bayangkan sekiranya setahun persediaan, nda sabar rasanya kan semua Majlis2 habis selesai (bagi ku). Mana susah hati barang semua ok kah atau semua sudah dijemputkah and so on. Byk mesti dipikirkan balik dalam setahun persediaan tu hehe. Alhamdulillah bagi kami persediaan sebulan yg amat panik ani almost teratur.

Anyway, antara hal terpenting kami uruskan adalah  
Permohonan Nikah & Kursus Pra-Nikah kami. 

Selama sebulan tu lah byk masa diluangkan dan 'push' diri kami utk settlekan smua hal. Memandangkan kami dari daerah berlainan, nda kisah lah kami berulang alik sendiri2 uruskan permohonan masing2. Ada jua jealous atu bila pasangan lain dtg membuat permohonan dgn pasangan diorang.

Proses dibawah adalah sedikit rujukan for those couple yg baru kan membuat permohonan atau yg belum tau macam mana permohonan dibuat. 

*Harap maklum ye...
- Pasangan yg bernikah perlu mebuat permohonan diDaerah masing2.
-Memaklumkan mahkamah syariah daerah sekiranya pasangan berlainan daerah & berhasrat utk berkursus pra-nikah didaerah pasangan.


Mahkamah Syariah Daerah Muara.
Permohonan Nikah diambil diSini.
Berpakaian kemas lah bila berurusan disini.
Ambil nombor dan duduk lah ditempat bahagian disediakan.


Biskita akan diberikan Checklist & Borang seperti contoh diatas ni.

Selepas complete borang tadi di-isi. Boleh dihantar ditempat yg sama. Bayaran BND10 setiap borang pasangan.

Selesai permohonan, satu slip akan diberikan utk mengambil borang nikah nanti. Dalam slip ada diberikan tarikh utk pengambilan. Ditempat yg sama jua tapi lain kaunter ya. Utk makluman jua, pengambilan borang nikah tu nanti mesti bersertakan borang nikah pasangan biskita jua nanti.

Contoh macam myself. siDia perlu mengambil borang nikahnya dulu diDaerah Belait. kemudian pass to me. On the day i have to collect my borang nikah, bawa sekali borang nikah siDia utk pengesahan. Kemudian biskita akan diberikan satu bundle borang utk diserahkan kepada Jurunikah yg my family sudah pilih sebelum ni. Was asked to prepare BND30 utk Jurunikah menguruskan Sijil. Hari Nikah nanti nda usah lah keluar wallet on the spot kn bayar urusan sijil tu. Sekiranya belum tau Jurunikah biskita, cuba tanyakan dikaunter tadi.


Small bundle ni lah yg kena pass utk Jurunikah.


Utk Permohonan Kursus Pra-Nikah, dibuat dibangunan lain. 
Bangunan KHEU sebelah Masjid SOAS, Bandar Seri Begawan.



Memandangkan siDia ok2 saja berkursus didaerah yg sama so i have to wait surat kebenaran dari mahkamah syariah daerah belait. kemudian baru dapat memohon kursus disini.

Diberikan pilihan 3 tempat:
Masjid Jame', Dewan Serbaguna Serusop atau Mulaut.

Memilih kursus diDewan Serbaguna Serusop.
Setelah dimaklumkan, sekiranya perempuan dlm haid yg berkursus diMasjid Jame', kena menghadiri didua tempat lain yg i said diatas tu. Nda apalah we chose area Serusop saja just incase.

Kursus bagi lelaki dan perempuan ada 4 sesi, 4 minggu lah maksudnya.
Mula 8.30 pagi hingga 11 pagi.
Semua sesi perlu berpakaian kemas.
Sesi ke-3 diPusat Promosi Kesihatan, Commonwealth Drive.  

Kursus lelaki Setiap Hari Selasa. 


Kursus perempuan Setiap Hari Rabu. 



Buku kursus BND5 satu.
Memandangkan berlainan hari kursus, person yg mengambil permohonan kursus tu asked us to share and buy 1 copy saja.


Setelah habis kursus dan semua sesi dalam borang sudah di-Sign. 
Simpan elok2 borang lelaki dan perempuan.
Selesai hari nikah, dalam sebulan boleh collect Sijil Nikah biskita.
Bawa dua borang kursus tadi utk pengesahan sana.




~~~  
Just luahan hati saja, macam no use jua memohon kursus sama daerah tu. Sama jua hari kursus lain2. Dan kenapa lah berlarutan 4 minggu, mesti seminggu sekali. Susah org yg kerja shift/swasta memohon keluar. I was told jua sekiranya salah seorg pasangan tu Army, kursus nikah lagi better in timing. Dua hari saja diadakan pagi petang. Nah kan bisai! Sekiranya swasta bole mohon cuti 2 hari skaligus, nda payah tiap minggu mohon keluar. Sekadar luahan saja.


1 comment:

  1. As salam..kalau bernikah dgn perempuan warga asing mcmna prosesnya?

    ReplyDelete