Cari Hotel Percutian Murah DiSeluruh Dunia Disini

Monday, June 13, 2016

Doorgift Majlis-majlis ku

*Rujukan buat Bride-to-Be (B2B) khasnya diBrunei Darusssalam. Mudahan entri ni sedikit sebanyak dapat membantu. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.*


Rasanya ni entri post yg TERAMAT B2B suka and most surveyed kan kan kan...hehe
Yup memang benar antara semua bab-bab hal kahwin ni, DOORGIFTS lah paling byk family or B2B cari-cari.

Ada yg mau brg biasa, exclusive dan unik. 
Apa-apa pun dalam my kes ni ofcourse harga should be dalam our budget dan brg nda terlalu unik/exclusive utk jemputan. 
Dan jua, not too islamic
Minta maaf jika ada yg kurang terpakai with our choice, masing2 ada sebab sendiri. 
Why not too islamic? Ni utk mengelakkan brg seperti Mini Sejadah, Tasbih etc diterima oleh ahli keluarga yg bukan muslim. Memandangkan belah bapa mostly bukan beragama islam. 
Ni termasuk jua hal kad undangan belah ku, kami mengelakkan ada sebarang Doa-doa diselit dalam kad undangan. 
Ditakuti kelangkahan atau dibuang semberana.

Alhamdulillah pilihan2 Doorgifts Majlis-Majlis belah ku adalah atas pilihan sendiri dan jua keluarga.

Ada 5 jenis Doorgifts disediakan utk ketiga-tiga Majlis ku.
Majlis Berbedak: Jemputan Majlis, Org yg Membedaki dan Pendikir.
Majlis Nikah: Jemputan Majlis
Majlis Sanding: Jemputan Majlis

Harap2 entri ni nda terlalu panjang buat B2B utk baca ye. Cos i compile kan saja semua bab Doorgifts ku dalam satu entri ni. Bersabar lah membaca & scrolling kebawah ye hehe

***********************************************************************

Majlis Berbedak

[Utk para Jemputan]

Utk Doorgift Majlis Berbedak ku, jumlah jemputan adalah 250pax. 
Ni termasuk jua dengan ahli Pendikir & Org yg Membedaki. 
Maknanya doorgifts ni utk semua.

Kami setuju utk memilih kuih tradisional
Sebab kebanyakkan jemputan majlis berbedak ni adalah org dewasa/veteran.

Dapat seller ni lama dah, cuma baru pernah order darinya tahun ni.
Nama FB Linshop Kropok. Contact: +6738 925014
Disarankan utk Call/Txt/WA sahaja sebab FB kurang update katanya.

Alhamdulillah service kakak ni BAGUS! Respond txt pun ok.
Setakat ni dah 2 kali order dari nya termasuk order utk majlis ku ni lah.
Dan soon inshaAllah akan buat tempahan lagi utk Majlis adik ku nanti.
Sebab VERY GOOD FEEDBACK dari family. Dari segi pilihan dan rasanya.

Ni pilihan asal dari seller.
Cost BND1 per pack.
Sama ada satu container satu jenis atau satu container 2 jenis dalamnya.
Ada kuih lidah, kuih parut ayam dan keropok ubi.
I chose top right & middle, yg satu container 2 jenis.

Packingnya macam ni.
Eventhough simple tapi i like it kemas dan nampak bersih!

Tempah 250 packs yg 2 jenis dalam satu container tu utk Majlis ku.
and ya.. seller ni kasi 5 packs FREE setiap 50 packs tempahan.
Alhamdulillah extra 25 packs.
Ku hargai jua she do delivery kerumah. Belian byk katanya free delivery. 
Nasib lah ada delivery memandangkan ku nda terfikir hari2 dekat kan kahwin tu family larang keluar rumah dah hehe

Pilihan keropok dalam setiap container.

Setiap container di-pack dalam plastic bertanda Terima Kasih tu saja. Pilih warna biru hehe.
Beli diCutepack Rimba Branch. Kedai biasa pun ada jual.


[Utk Org yg Membedaki]

Alhamdulillah. Ni mama yg sponsor. Majlis pertama dalam familyku. Parents and siblings pun iski but nervous too. Kan singkat masa persediaan ni, semua pun guarantee nervous.

Mama pilih mangkuk kristal kaca ni. 
Mula kan guna idea Tasbih, Mini sejadah dan Buku Tahlil. Kan masani intrend dan cute2 dah designnya.
Tapi memandangkan ya lah tu.. to be fair with both family sides. Not too islamic. Finally family decided ni saja.

Anggaran yg Membedaki dalam 200pax. 100 perempuan dan 100 lelaki.
Tapi mama bought 300 box.
Cost BND3 per box. Beli diSKH Gadong.

Close up pic.

haha abaikan pengantin punya kaki tu.
Paperbag also pilihan mama. She always love this kind of floral designs hehe so klasik
Paperbag kurang pasti berapa cost nya.

Siap, kemas dan tiptop barisan susunannya :)
Hasil gotong royong my family too. Syukur dengan susah payah diorang utk Majlis ku ni.


[Utk para Pendikir]

Memandang bajet kami utk booking group Pendikir hanya limited.
Few kami surveyed was cost more than BND200 utk servis diorang.
Alhamdulillah nasib baik lagi, colleagues mama ada yg biasa buat dikir utk majlis.
Terus booking colleagues mama. Dalam 10 org dapat datang. Lagipun masa dah singkat kan book yg lain.

Selain sedekah dalam wang ringgit, i prepared this gift jua for them selain doorgifts dan cenderamata dari yg membedaki tu.
  
Idea asal was kan beli Jug set yg dalamnya ada few cawan tu.
Ok for us for bajet cost BND4 each set utk seorang.
Tapi memandang kedai Cutepack kehabisan stok. Terpaksa lah tukar choice lain.
No time and no choice, kedai ni saja i can go last last i picked colorful container medium size ni. Cost BND3 each.
 
Walaupun pendikir dijemput 10 orang. Tapi i bought 12 pcs.
Pilih 3 colors ni.

Container di-pack dengan bag ni. Its blue hehe.


Majlis Nikah

[Utk para Jemputan]

Utk Doorgift Majlis Nikah ku, jumlah jemputan adalah 350pax.
Pilihan asal was this LEX Biscuits just because my dad suka biskut ni.
Kan dah kata, pilihan doorgifts majlis2 ku ni abit of everyone's favorites hehe

Cost BND1 each pack.
Bagus nya ia ada 3 flavour. I love it kalo ada different flavors, saja utk pelbagainya pilihan utk para jemputan.
Ok saja as long within budget kami.
Hampanya when i went to the Distributorship Company, they said stock habis! Next batch in 2 months. No no no!! I dont have 2 months le.. so next mission change choice.

B2B yg interested, can call or go to this address for enquiries.

Ok my back-up plan for this.
Dari company ni, Eng Hup Leong Trading Sdn Bhd.
Walaupun ofisnya diBeribi tapi kami terus pegi keStore diorang di Jln Tutong,Spg 735.
Boleh call +6732 650701 utk pertanyaan. 


Pegi store diorang sempat lagi round2 dlm store ni. Macam2 barang dapur jua company ni distribute. Bagus2 nanti kalo mau borong brg bole pegi sini lagi hahaha
Me and husband (then fiance) gigih berurusan dgn staff handle ddepan dan dalam stor.
Pilih2 biskut didalam stor dulu. Kemudian tanya harga borong diluar ni.
This guy i think yg handle urusan harga jual beli.
Mine pilih Biskut Julie's yg kanan tu. Pilihan rasa Cheese & Peanut Butter.
Harga kedai dalam BND1.20 - 1.50 per pack.
Kami dapat harga borong BND0.90 & 0.93. Sebab lain flavor lain harganya.
Ni belian utk jemputan belah ku 350+ orang. Yes kena beli few extra just in case.

Husband (then fiance) pilih Julie's Waffer ni. He chose saiz besar yg kiri tu.
His family suka Campur Pertunangan adik ku yg lepas so husband pilih ni.
Pilih flavor strawberry & chocolate.
Cost lebih kurang sama macam mine diatas tu. Tapi ni utk jemputan majlis sanding belah husband.

My doorgift pack dengan plastic ni. Pilih macam2 color.
Cost BND4.90 for 50pcs.
Beli diTop Happy Star Batu Bersurat.

Ku hargai sentiasa ni susah payah masa gotong royong family mempacking ni.
Walaupun nda disuruh, they all request to come jua kan help out. 
Siap reminder lagi dalam grp family utk gathering dirumah ku hehe

So cute & colorful kan hehe. Saiz ni saja termampu.
Apa pun happy within budget.


Majlis Sanding

[Utk para Jemputan]

Utk Doorgift Majlis Sanding belah ku, jumlah jemputan adalah 1,000pax.
Family decided pilih this kind of colorful container.
Then we add up another idea to add in small candy pack didalamnya. 
 
Cost BND1.80 per set (3pcs inside).
Beli dalam 300+ set. Mix color seal. Green, pink and blue. I love variety :)

Inside this small candy pack.
Whole family jua packing ni for 1,000. But got extra :)
Ready utk dimasukkan dalam container.
"Terima Kasih" label bought by sister.
Beli diHokko Kiarong. Ngam2 last batch.
Pilih colorful too.

Sesi gotong royong family. 
Leraikan set container, masukkan candy, lekat label dan masukkan dalam bag.

Bag beli yg jenis ni.

***********************************************************************

  Alhamdulillah dah selesai packing all doorgifts utk semua Majlis2 ku.
But to B2B be ready lah utk reda dgn keadaan rumah yg penuh dgn box2 doorgifts biskita hehe
Apalagi yg rumah saiz damit like me gerenti susah hati tu mikirkan where to store.
My case...simpan temporary saja dalam bilik2 adik2 ku hehe

To B2B, sikit nasihat saja macam biasa byk kan survey to meet your doorgift budget.
Difahami tu kadang kitani terOver iski and overwhelm with all the words dari kiri dan kanan.
Choose items yg relevan to your family & relative to receive.
Goodluck :)
Semoga dipermudahkan urusan biskita.

No comments:

Post a Comment